Dah lama rasa nak berkongsi perisian Mushaf Raqmi ini, Alhamdulillah tercapai juga hari ini. Perisian Quran Mushaf Raqmi ini penulis dapat dari roomate penulis dulu masa tahun dua lalu, orang Syiria... (terima kasih Badruddin), dialah yang memperkenalkan perisian ini kepada penulis.

Apa KELEBIHAN perisian Mushaf Raqmi 1.0???
Kelebihan perisian ini adalah ianya mempunyai kandungan al-Quran yang sempurna pada saiznya yang kecil iaitu hanya 1.25MB, dan diedarkan secara percuma kepada semua pengguna oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi.

Untuk memudahkan penggunaannya, perisian ianya dibahagi pada dua bahagian,
1) Bahagian untuk carian perkataan atau ayat;
2) Bahagian senaraian surah-surah al-Quran.
3) Bahagian Tafsir

Melalui perisian ini juga, anda boleh mencari perkataan dan ayat di dalam al-Quran, selepas perkataan atau ayat yang akan dicari diisi dalam kotak carian yang disediakan, dalam masa kurang 10 saat sahaja, keputusannya akan dapat disaksikan di paparan monitor anda.

Manakala senaraian surah-surah pula memudahkan pengguna untuk mencari surah mengikut turutan dalam al-Quran.

Mushaf Raqmi 1.0 didatangkan bersama dengannya juga adalah dua tafsir yang muktabar iaitu Tafsir Jalalain dan Tafsif Muyassar dan semestinya di dalam bahasa Arab.

-Screenshot-



MUAT TURUN MUSHAF RAQMI 1.0


Penting!
Tidak semua komputer boleh menggunakan perisian ini, melainkan komputer yang digunakan telah di "set" ke mode "Arabic". Untuk proses Setting Arabic sila rujuk sini.

Sumber- MofiR

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Saya bagi pihak admin memohon ribuan kemaafan disebabkan tidak mengemaskini laman blog perkasih ini. Buat masa ini, untuk pengetahuan pengunjung semua, admin blog ini hanyalah tiga orang iaitu saya dan Mohd Fauzi Abdul Hamid dan Mohd Lukman Mat Isa. Kami masing-masing mempunyai komitmen sendiri sehingga terlepas pandang untuk mengemaskini laman blog ini.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat / perancangan / perkembangan semasa dan apa sahaja mengenai program terbaru yang akan melibatkan ahli-ahli PERKASIH diminta untuk emelkan kepada kami supaya kami boleh update blog ini dari masa ke semasa.

Sokongan anda untuk melihat kegemilangan SMUK amatlah dihargai, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih atas keperihatinan anda.

Terima kasih.
Wassalam.

MOHD FIRDAUS BIN YAHAYA
Admin.
emel - perkasihsmuk[at]yahoo.com

Photobucket

PENGUNJUNG


SEJAK 23 SEPTEMBER 2009
Photobucket

MUTIARA KATA

PESANAN MAYA

KATEGORI

HARI INI

SEBARKAN

Persatuan Bekas Pelajar SMA Al-Khairiah

Sila Copy coding di bawah dan Paste di laman anda utk membuat pautan ke laman ini. Terima Kasih.

PAUTAN BERGAMBAR