GURUKU

Hingga kini masih ku ingat
Insan-insan yang curahkan keringat
Insan-insan yang berikan manfaat
Insan-insan yang tiupkan semangat
Membanting tulang empat kerat
Mendidik bangsa dengan kalimat
Menyampai agama sebagai nasihat
Memimpin umat agar tidak sesat
Sedikit dibayar biar pun penat
Ikhlas memikul tanggungjawab yang berat.

Guruku,
Budimu dikenang jasamu terpahat
Usahamu diingat baktimu tersemat.

Guruku,
Jika dulu ku pernah jahat
Ampunkan dosaku yang terucap dan tersirat
Sebelum tubuhku disemadi di liang lahat
Sebelum amalanku dihitung malaikat.

Guruku,
Doaku untukmu dunia dan akhirat
Hidupmu berkat matimu diangkat
Semoga di sana beroleh syafaat.

Nukilan:
MOHD LUKMAN BIN HAJI MAT ISA
Jumaat, 1 Zulkaedah 1432/ 30 September 2011
Setapak, Kuala Lumpur

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya?
Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka.. Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik).
Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali. ”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan: "Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!" Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah.. Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..

Salam'alaik...

salam ukhuwwah dan salam kasih sayang..
Alhamdulillah..Allah masih panjangkan usia untuk meniti kehidupan yang sebentar ini. ana pernah cuba post event pengambilan pelajar baru ini sehari selepas majlis berlangsung,namun atas masalah yang tidak dapat dielakkan, ianya tidak dapat di'publish'.
sesi pendaftaran bertarikh 21 november lalu menyaksikan seramai hampir 140 orang pelajar telah datang untuk sesi temuduga. puan pengetua,Hjh Zalihah telah menyatakan bahawa untuk tahun hadapan, pihak sekolah akan meletakkan sasaran jumlah seramai 140 orang sahaja untuk kemasukan baru..dengan itu, ramai waris datang ke sekolah seawal pagi kerana bimbang anak mereka tidak mendapat tempat disekolah ini.
Alahmdulillah,semuanya telah berjalan dengan baik. semasa anak-anak pelajar menduduki ujian penilaian, para waris diberi taklimat daripada puan pengetua dan pihak pentadbiran sekolah yang lain.hampir jam 11.30 semua telah selesai. ujian shafawi kepada pelajar baru juga telah berjalan dengan baik.
seterusnya beberapa orang guru dan juga bekas pelajar bekerjasama memberi markah kepada hasil penilaian yang diberikan kepada pelajar-pelajar.
moga pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tahun hadapan akan lebih menggemilangkan Al-Khairiah.











Mengisahkan perjuangan Mahasiswa melalui wadah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Karya :
Juwairiah Binti Jamil

Batch :
1999-2003

PERKASIH mengucapkan tahniah kepada Saudari Juwairiah Jamil, semoga amalannya diterima di sisi Allah sebagai amalan yang soleh.

Untuk makluman semua, karya ini masih belum ada di pasaran, nantikan kemunculannya sedikit masa lagi, insyaAllah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Juwariah. (klik di sini)

Pimpinan PERKASIH sesi 2009/2011. Berdiri dari kiri : Khadijah, Nasibah, Khairul Mardziyyah, Mumtazah Najihah, Tajul Afkar, Mohd Fauzi, Qayyum, Saiful Nizar, Mohd Lukman. Duduk dari kiri : Nafisah Karimah, Siti Munirah, Ust Mohd Rejab, Puan Hjh. Zalihah, Mohd Nazif, Elias Ahmad.

Us Mohd Rejab mempengerusikan mesyuarat


Antara pimpinan PERKASIH sesi lepas


Antara hadirin yang hadir



22 Sept 2009, Selasa : Persatuan bekas-bekas pelajar SMA Al-Khairiah telah mengadakan Mesyuarat Agong PERKASIH bagi sesi 2007/09 juga dalam masa yang sama menganjurkan majlis jamuan Aidilfitri yang bertujuan untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar yang pernah menimba ilmu di bumi Al-Khairiah. Walaupun majlis tersebut tidak mencapai bilangan penyertaan yang disasarkan, namun alhamdulillah, ianya berjalan lancar sepertimana yang dirancangkan. Majlis tersebut dimulai dengan perasmian oleh Puan Hjh Zalihah dan seterusnya pelantikan pengerusi sementara bagi mengendalikan mesyuarat tersebut dan sebulat suara melantik Ust. Mohd Rejab. Mesyuarat bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir dengan pelantikan barisan AJKT PERKASIH yang baru bagi sesi 2009/2011. Berikut adalah senarai barisan kepimpinan PERKASIH yang baru dilantik.

PRESIDEN : Saudara Mohd Nazif Zakaria
TIMB. PRES : Saudara Elias Ahmad
SETIAUSAHA AGONG : Siti Munirah bt. Ibrahim
BENDAHARI : Nafisah Karimah bt. Hj. Ismail

AJK
Tajul Afkar b. Hj. Ismail
Mohd Saiful Nizar bin Yusoff
Mohd Lukman b. Mat Isa
Mohd Fauzi b. Abdul Hamid
Hamizan bin Amzah
Qayyum

Khairul Mardziyyah bt. Md Hussain
Mumtazah Najihah bt. Hj. Ismail
Khadijah bt. Bahari
Nasibah bt. Bahari
Nor Azleen bt Abd Rahman
Wan Mahfuzoh bt Wan Osman






SEMUA WARGA AL-KHAIRIAH DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI
MAJLIS TERSEBUT.
p/s : sila klik pada gambar untuk lebih jelas..

MANUSIA berusaha siang malam malam mencari rezeki termasuk ada yang menggadai nyawa, tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan?Mengapa rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Isteri cantik, suami tampan, tetapi rumah tangga masih bertaburan!
Begitu juga, ilmu yang luas melaut mengapa tidak mampu mengangkat darjat, malah menghina diri? Bahkan mereka bermati-matian mencari kebahagiaan dan ketenteraman, sedangkan apa yang diperoleh ialah masalah dan masalah. Apa sebabnya?Antara sebabnya ialah apa yang mereka memiliki itu tidak berkat.
Rasulullah s.a.w mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat.Malah, supaya dapat kaya, kekayaan yang berkat, sahabat yang ada ilmu berdoa ilmu berkat.Berkat ialah pelbagai guna, bermanfaat di dunia dan akhirat. Kita tidak hanya boleh berbangga dengan apa yang kita miliki, tetapi yang patut dibanggakan ialah keberkatan menerima nikmat.Jadi, bukannya kita patut takut tidak memiliki sesuatu, tetapi harus takut sesuatu yang dimiliki tidak berkat.
Berkat maknanya ialah subur, dengan kebaikan, permo honannya diterima dan kebahagiaan. Jadi, keberkatan mem bawa ke syurga sebaliknya, tanpa berkat kita dibawa ke neraka.Doa yang kita pinta ketika makan berbunyi: “Wahai Tu hanku berkatilah apa yang Engkau berikan pada kami ini dan selamatkanlah daripada api neraka.”Maknanya makanan yang tidak berkat walaupun sesuap boleh bawa ke neraka. Apa lagi kalau harta bertimbun, apa lagi ilmu melaut. Begitu juga dengan deretan gelaran.Menurut sejarah, Umar Abdul Aziz ketika menjalankan tugas pada malam hari di Baitulmal tiba-tiba anaknya mengetuk pintu. Apabila dilihat anaknya yang ingin bertanya mengenai urusan rumah tangga, beliau terus memadamkan lampu.Si anak bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu.”Jawab Umar: “Kerana minyak lampu ini milik negara. Ia tidak layak untuk urusan peribadi.”
Inilah contoh keberkatan dalam erti kata yang sebenar. Keberkatan meliputi soal wajib, sunat, harus, makruh dan haram.Wajib, mesti buat dan jika buat dapat pahala besar tetapi jika tidak buat dosa besar. Perkara yang harus diberikan pilihan, yang makruh patut dijauhi manakala yang haram mesti dijauhi.Kunci kebahagiaan ialah sederhana di samping pengurusan yang pintar dan segala aktiviti mesti sesuai dengan syariat Allah s.w.t.
Contoh kecil yang dianggap remeh manusia hari ini ialah waktu solat. Mencari harta jangan sampai melupakan solat, mencari harta jangan sampai lupa kepada halal haram.Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.Pelajar sebagai contoh, apalah ertinya berjaga malam, bersengkang mata, belajar dan mengulangkaji, tetapi esoknya tidak mengerjakan solat Subuh.
Ilmu yang tidak berkat ialah ilmu yang ada di akal, ilmu dalam bentuk maklumat dan pengetahuan, tidak menjadi nur dan petunjuk. Apabila ilmu tidak berkat, ia hanya boleh berhujah, tetapi tidak boleh merubah mereka.

PENGUNJUNG


SEJAK 23 SEPTEMBER 2009

MUTIARA KATA

PESANAN MAYA

HARI INI

SEBARKAN

Persatuan Bekas Pelajar SMA Al-Khairiah

Sila Copy coding di bawah dan Paste di laman anda utk membuat pautan ke laman ini. Terima Kasih.

PAUTAN BERGAMBAR