Salam'alaik...
Mengisahkan perjuangan Mahasiswa melalui wadah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Karya :
Juwairiah Binti Jamil
Batch :
1999-2003
PERKASIH mengucapkan tahniah kepada Saudari Juwairiah Jamil, semoga amalannya diterima di sisi Allah sebagai amalan yang soleh.
Untuk makluman semua, karya ini masih belum ada di pasaran, nantikan kemunculannya sedikit masa lagi, insyaAllah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Juwariah. (klik di sini)
Us Mohd Rejab mempengerusikan mesyuarat
Antara pimpinan PERKASIH sesi lepas
Antara hadirin yang hadir
TIMB. PRES : Saudara Elias Ahmad
SETIAUSAHA AGONG : Siti Munirah bt. Ibrahim
BENDAHARI : Nafisah Karimah bt. Hj. Ismail
AJK
Tajul Afkar b. Hj. Ismail
Mohd Saiful Nizar bin Yusoff
Mohd Lukman b. Mat Isa
Mohd Fauzi b. Abdul Hamid
Hamizan bin Amzah
Qayyum
Khairul Mardziyyah bt. Md Hussain
Mumtazah Najihah bt. Hj. Ismail
Khadijah bt. Bahari
Nasibah bt. Bahari
Nor Azleen bt Abd Rahman
Wan Mahfuzoh bt Wan Osman
MANUSIA berusaha siang malam malam mencari rezeki termasuk ada yang menggadai nyawa, tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan?Mengapa rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Isteri cantik, suami tampan, tetapi rumah tangga masih bertaburan!
Begitu juga, ilmu yang luas melaut mengapa tidak mampu mengangkat darjat, malah menghina diri? Bahkan mereka bermati-matian mencari kebahagiaan dan ketenteraman, sedangkan apa yang diperoleh ialah masalah dan masalah. Apa sebabnya?Antara sebabnya ialah apa yang mereka memiliki itu tidak berkat.
Rasulullah s.a.w mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat.Malah, supaya dapat kaya, kekayaan yang berkat, sahabat yang ada ilmu berdoa ilmu berkat.Berkat ialah pelbagai guna, bermanfaat di dunia dan akhirat. Kita tidak hanya boleh berbangga dengan apa yang kita miliki, tetapi yang patut dibanggakan ialah keberkatan menerima nikmat.Jadi, bukannya kita patut takut tidak memiliki sesuatu, tetapi harus takut sesuatu yang dimiliki tidak berkat.
Berkat maknanya ialah subur, dengan kebaikan, permo honannya diterima dan kebahagiaan. Jadi, keberkatan mem bawa ke syurga sebaliknya, tanpa berkat kita dibawa ke neraka.Doa yang kita pinta ketika makan berbunyi: “Wahai Tu hanku berkatilah apa yang Engkau berikan pada kami ini dan selamatkanlah daripada api neraka.”Maknanya makanan yang tidak berkat walaupun sesuap boleh bawa ke neraka. Apa lagi kalau harta bertimbun, apa lagi ilmu melaut. Begitu juga dengan deretan gelaran.Menurut sejarah, Umar Abdul Aziz ketika menjalankan tugas pada malam hari di Baitulmal tiba-tiba anaknya mengetuk pintu. Apabila dilihat anaknya yang ingin bertanya mengenai urusan rumah tangga, beliau terus memadamkan lampu.Si anak bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu.”Jawab Umar: “Kerana minyak lampu ini milik negara. Ia tidak layak untuk urusan peribadi.”
Inilah contoh keberkatan dalam erti kata yang sebenar. Keberkatan meliputi soal wajib, sunat, harus, makruh dan haram.Wajib, mesti buat dan jika buat dapat pahala besar tetapi jika tidak buat dosa besar. Perkara yang harus diberikan pilihan, yang makruh patut dijauhi manakala yang haram mesti dijauhi.Kunci kebahagiaan ialah sederhana di samping pengurusan yang pintar dan segala aktiviti mesti sesuai dengan syariat Allah s.w.t.
Contoh kecil yang dianggap remeh manusia hari ini ialah waktu solat. Mencari harta jangan sampai melupakan solat, mencari harta jangan sampai lupa kepada halal haram.Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.Pelajar sebagai contoh, apalah ertinya berjaga malam, bersengkang mata, belajar dan mengulangkaji, tetapi esoknya tidak mengerjakan solat Subuh.
Ilmu yang tidak berkat ialah ilmu yang ada di akal, ilmu dalam bentuk maklumat dan pengetahuan, tidak menjadi nur dan petunjuk. Apabila ilmu tidak berkat, ia hanya boleh berhujah, tetapi tidak boleh merubah mereka.
Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam Ramadhan kareem di fasa Maghfirah...manfaat sebaiknya bulan mulia ini, moga kita bakal mendapat gelaran muttaqin dihujung madrasah tarbiyyah ini, insyaAllah..
Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.
Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti: Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu. 1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini. 2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. 3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa. 4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t. Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik. Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:- Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyaar!
iluvislam.com
Alhamdulillah baru-baru ini, saya berpeluang pulang ke SMUK bagi meninjau persiapan untuk Majlis Ihtifal SMUK 2009 sambil menunaikan hajat sahabat saya dari Terengganu yang ingin mengunjungi bumi Al-Khairiah. Sebaik sampai, kami berpeluang solat Asar berjemaah dengan penghuni-penghuni asrama SMUK di surau.
Selesai solat, saya tertanya-tanya siapa gerangan imam solat tadi. Seorang yang berperwatakan matang, sederhana dan jauh lebih tua daripada keseluruhan makmum yang kebanyakannya pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.
Akhirnya, saya berpeluang berborak dengannya. Rupanya beliau adalah pelajar luar negara pertama dalam sejarah SMUK. Namanya Mizal, berumur 25 tahun dan berasal dari kampung Champa, Kemboja. Mula berhijrah ke Malaysia pada tahun 2007 untuk belajar di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Sebelum mengenali SMUK, beliau terlebih dahulu bermusafir ke Pondok Derang di mana beliau telah bertemu dengan seorang ustaz yang memperkenalkannya kepada SMUK.
Ketika mula menapak kaki di Malaysia, beliau mengalami kesukaran memahami Bahasa Melayu. Akibatnya, beliau kurang menguasai pengajian yang diajar dalam Bahasa Melayu. Tapi sepanjang perbualan dengannya, saya dapati beliau sudah boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih padahal baru setahun setengah berada di sini.
Impian yang membawanya ke bumi Al-Khairiah adalah untuk menduduki STAM. Maka sempat juga saya berkongsi pengalaman peribadi ketika menduduki STAM dulu. Malah, saya dan sahabat turut mempromosikan UIAM kepada beliau jika berminat untuk menyambung pelajaran di mana-mana IPTA di Malaysia.
Memandangkan keadaan penghuni asrama putera yang memerlukan pembimbing dan seorang ketua yang boleh membawa qudwah hasanah kepada yang lain, saya memberi semangat kepada Mizal untuk cuba mengambil tanggungjawab untuk membimbing dan menunjuk ajar penghuni-penghuni lain yang jauh lebih muda daripadanya.
Semangat Mizal untuk menimba ilmu sehingga sanggup berjauhan dari keluarga dan kampung halaman sangat mengkagumkan. Malah beliau tidak janggal menghuni di asrama SMUK walaupun tiada seorang pun rakan penghuni yang sebaya dengannya. Menurutnya, beliau juga tidak menerima wang saku dari keluarganya di Kemboja.
Justeru, elok juga jika kita sebagai saudara seakidahnya meringankan tangan untuk menghulurkan seringgit dua buat belanja seharian Mizal jika berkesempatan bertemu dengannya. Atau kalau ada pakaian yang masih elok, tak salah saya rasa kalau disedekahkan kepadanya. Semoga bakti tersebut mampu sedikit sebanyak meringankan beban dan memotivasikan hamba fi sabilillah ini untuk berjaya dalam STAM kelak.
Sekian.
Saya juga rasa terpanggil untuk mempromosikan Majlis Ihtifal SMA Al-Khariah yang akan diadakan pada tanggal 24-25 Jun ini. Satu sambutan ’mega’ untuk diraikan bersama oleh seluruh warga Al-Khairiah, alumni, sekolah-sekolah jemputan serta masyarakat sekeliling. Program tahunan dalam taqwim Al-Khairiah ini juga antara pendekatan yang diambil untuk mempromosikan pendidikan berteraskan Islam yang memperjuangkan kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Pengisian yang sudah menjadi tradisi dari tahun ke tahun sudah pasti sukaneka antara guru dan pelajar, pameran, demonstrasi, pertandingan muhadharah, malam kesenian Islam serta dua acara penting iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan SMUK dan Forum Agama.
Menjelang sambutan tersebut, pihak sekolah sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan projek menambahluaskan surau SMUK untuk menampung lebih ramai pelajar-pelajarnya. Saya difahamkan oleh Penolong Kanan HEM SMUK bahawa struktur asal surau tersebut adalah hasil sumbangan Kerajaan Negeri pada tahun 2007 melalui satu projek bernilai RM100,000 tetapi hanya mampu menampung lebih 3 saf penuh lelaki dan 3 saf penuh perempuan atau keseluruhan jemaah lebih kurang 70-90 orang sahaja. Sangat tidak berbaloi. Ke mana dan bagaimana jumlah besar tersebut dibelanjakan boleh dipersoalkan. Apakah ada yang sanggup menelan ribuan RM secara haram dengan mengetepikan kepentingan dan kebajikan pelajar-pelajar sekolah agama ini. Peliknya, penambahan yang dibuat oleh pihak sekolah hampir TIGA (3) kali ganda panjang dari struktur asal itu, walaupun belum siap sepenuhnya, tetapi dianggarkan akan memerlukan belanja kurang dari RM100,000. Ruang yang lebih luas dengan harga yang lebih murah. Jimat dan tiada ketirisan wang berlaku.
Menurut Saudari Napisah Karimah Hj Ismail, Bendahari Persatuan Bekas Pelajar SMA Al-Khairiah, projek tersebut memerlukan jumlah keseluruhan RM90,000.00. Di samping itu, pihak sekolah juga sedang menambahbaik ruang tingkat bawah di bangunan 3 tingkat yang telah hampir 7 tahun terbengkalai dek kerana ketiadaan sumber kewangan. Tingkat bawah tersebut akan dijadikan asrama putera yang baru untuk menggantikan asrama sedia ada yang sangat uzur.
Justeru, dipendekkan cerita, saya mewakili AJK PERKASIH menyeru sumbangan daripada bekas-bekas pelajar SMUK yang berkemampuan untuk menyumbang sedikit bantuan kewangan kepada pihak SMUK bagi meringankan beban menanggung perbelanjaan projek tersebut. Apalah sangat nilai sumbangan RM50,100,200,500 jika nak dibandingkan dengan limpahan ilmu duniawi dan ukhrawi serta pelbagai hikmah dan pengalaman hidup yang kita telah perolehi bertahun-tahun daripada guru-guru di SMUK. Walaupun mampu, memang susah untuk kita keluarkan wang ringgit dan harta benda untuk sesuatu yang ganjaran atau balasannya tidak dapat diterima dan dilihat secara fizikal. Kita cenderung mencari alasan yang pelbagai. Marilah kita tepuk dada tanya diri sendiri, ”Nak atau Tidak? Sanggup atau Tidak?” Kalau jawapannya YA! anda pasti akan mencari seribu jalan dan cara untuk sampaikan sumbangan anda kepada yang memerlukan. Jika tidak mampu dengan wang ringgit, anda boleh membantu dengan menyebarkan berita ini atau mencari dana daripada mereka yang berkemampuan atau apa saja bentuk bantuan yang munasabah.
Sumbangan anda juga boleh disalurkan melalui Agro Bank di No. Akaun 1005-0610-0001-2441, atau dengan cek atas nama Surau Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang dan dihantarkan kepada Pengetua SMA Al-Khairiah, Km.38, Jalan Empangan Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
Anda juga boleh menghubungi pihak sekolah di talian 04-7866721 atau bercakap terus dengan Penolong Kanan HEM, Ustaz Mohd Rejab Saad 019-4059607 untuk maksud tersebut. Bagi anda yang memerlukan surat rasmi daripada pihak sekolah serta gambar-gambar surau tersebut, sila hubungi saya melalui email faaqirul_ilmiey@yahoo.com atau telefon 013-4552003/ 019-3852165 atau hubungi saudari Napisah Karimah binti Hj Ismail melalui email n_karimah820326@yahoo.com
Oleh: Mohd Lukman bin Hj. Mat Isa
Aktiviti di padang...
Bawa bersama panji-panji
Slot ceramah yang diisi oleh beberapa penceramah dari sekitar Padang Terap.
Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang mampu memupuk semangat bekerjasama.
Di waktu malam pun masih berbaris di padang...
Di antara tunjang dan tulang belakang yang menjayakan program perkampungan kali ini.
Program ini telah diadakan pada 12-14 Mac 2009, di sekitar kawasan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah. Program ini yang julung-julung kalinya diadakan telah menerima lebih daripada 110 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar tingkatan satu sehinggalah tingkatan enam di SMUK.
SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program yang gilang gemilang ini demi untuk melahirkan generasi SMUK yang terbilang pada masa akan datang.