Dah lama rasa nak berkongsi perisian Mushaf Raqmi ini, Alhamdulillah tercapai juga hari ini. Perisian Quran Mushaf Raqmi ini penulis dapat dari roomate penulis dulu masa tahun dua lalu, orang Syiria... (terima kasih Badruddin), dialah yang memperkenalkan perisian ini kepada penulis.
Apa KELEBIHAN perisian Mushaf Raqmi 1.0???
Kelebihan perisian ini adalah ianya mempunyai kandungan al-Quran yang sempurna pada saiznya yang kecil iaitu hanya 1.25MB, dan diedarkan secara percuma kepada semua pengguna oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi.
Untuk memudahkan penggunaannya, perisian ianya dibahagi pada dua bahagian,
1) Bahagian untuk carian perkataan atau ayat;
2) Bahagian senaraian surah-surah al-Quran.
3) Bahagian Tafsir
Melalui perisian ini juga, anda boleh mencari perkataan dan ayat di dalam al-Quran, selepas perkataan atau ayat yang akan dicari diisi dalam kotak carian yang disediakan, dalam masa kurang 10 saat sahaja, keputusannya akan dapat disaksikan di paparan monitor anda.
Manakala senaraian surah-surah pula memudahkan pengguna untuk mencari surah mengikut turutan dalam al-Quran.
Mushaf Raqmi 1.0 didatangkan bersama dengannya juga adalah dua tafsir yang muktabar iaitu Tafsir Jalalain dan Tafsif Muyassar dan semestinya di dalam bahasa Arab.
MUAT TURUN MUSHAF RAQMI 1.0
Penting!
Tidak semua komputer boleh menggunakan perisian ini, melainkan komputer yang digunakan telah di "set" ke mode "Arabic". Untuk proses Setting Arabic sila rujuk sini.
Sumber- MofiR
0 comments:
Post a Comment